Friday, 4 March 2016

HPK 1: MENDALAMI INDUSTRI PERUMAHAN NEGARA & ASPEK PSIKOLOGI PEMBELI RUMAH (INDIVIDU)
Task 1a (Individu): Rumah bertanah/bertingkat?

Task 1b (Individu): Sewa/ Beli


Task 1c (individu): Refleksi (200 words): daripada syarahan profesor- Psikologi Pembeli Rumah

1. Sila respon terhadap pernyataan ini:
Task 1a: Yang mana satu pilihan anda, rumah bertanah (teres, semi-D, etc) ATAU rumah berstrata/bertingkat (apartment, kondominium, etc)? (200 words)
     Pilihan saya adalah rumah bertanah iaitu rumah teres, semi-D dan banglo. Pertama, hal ini kerana, dengan membeli rumah bertanah saya boleh mengubah suai rumah saya samada membesarkannya atau mengecilkannya. Jika saya baru berkahwin dan tidak mempunyai anak saya tidak perlu risau jika saya mempunyai anak yang ramai pada kemudian hari. Dengan membeli rumah bertanah saya boleh mengubahsuai rumah saya menjadi besar. Dan jika ketika hari tua dan saya hanya tinggal berdua keseorangan saya boleh mengecilkan rumah saya dan menjadikan halaman rumah saya lebih besar untuk menternak ikan, menanam sayur dan sebagainya. Kedua dengan membeli rumah bertanah saya boleh menjualnya dengan harga yang lebih tinggi berbanding dengan rumah bertingkat atau berstrata. Hal ini kerana kawasan rumah bertanah adalah lebih besar dan menjadi pilihan orang ramai yang mempunyai keluarga. Mereka boleh meruntuhkan rumah yang sedia ada dan membina semula mengikut kreativiti masing-masing. Ketiga kawasan rumah bertanah adalah lebih tenang dan luas, Pelbagai tumbuh-tumbuhan boleh ditanam di halaman rumah yang boleh membangkitkan suasana tenang dan mendamaikan. Keempat terdapat banyak bilik tidur dan bilik air iaitu amat sesuai dengan keluarga yang mempunyai ramai anak. Mereka tidak perlu lagi risau dengan ruang yang sempit dan mereka boleh mendapat privacy yang diperlukan oleh setiap ahli keluarga berbanding dengan rumah bertingkat yang sempit dan mempunyai bilik yang terhad serta perlu berkongsi dengan ahli keluarga yang lain,

Task 1b: Apabila sudah tamat belajar di UKM, saya nak beli rumah ke ATAU nak sewa rumah dulu? (200 words)
    Apabila saya sudah tamat belajar di UKM saya ingin membeli rumah dulu hal ini kerana apabila saya membeli rumah saya mendapat aset yang terlindung dan stabil. Aset yang terlindung dan stabil bermaksud saya tidak perlu risau jika tuan rumah sewa saya ingin mengambil kembali rumah beliau dan saya perlu mencari rumah lain untuk diduduki. Dengan mempunyai rumah yang dibeli saya tidak perlu rugi dengan membayar sewa bulanan kepada rumah yang sudah terang bukan milik saya dan oleh itu hanya merugikan saya. Kemudian saya mendapat peluang menjana pendapatan dengan menyewakan rumah yang saya beli kepada orang lain terutama mahasiswa/i yang memerlukan rumah sewa oleh itu saya akan membeli rumah berdekatan dengan hot spot seperti kawasan Universiti, berdekatan highway dan berdekatan pasar raya yang baru dibuka. Kemudian saya akan mengelakkan pembaziran iaitu dengan menyimpan wang untuk membeli rumah. Seperti yang kita ketahui dalam era globalisasi ini pelbagai dugaan dengan keluaran gadget baru seperti Iphone dan sebagainya menjadi dugaan utama kepada para fresh graduate. Oleh itu dengan melabur secara betul iaitu dengan membeli aset gelaja boros akan dapat ditapis dan dapat memupuk minat menyimpan wang dan berbelanja dengan berhemah. Akhir sekali saya akan mempunyai harta untuk diwarisi kepada keluarga saya. Dengan hanya bergaji 2500 iaitu gaji standard bagi fresh graduate saya akan mampu membeli rumah berharga 90k jika saya membeli kereta dahulu. Oleh itu saya akan merancang untuk membeli rumah daripada kereta dahulu dan pihak bank akan meningkatkan pinjaman saya dan saya mampu membeli rumah berharga 200,000. 

Task 1c: Refleksi daripada syarahan professor: Psikologi Pembeli Rumah
  Setelah mendengar talk oleh Prof Khaider yang bertajuk Psikologi Pembeli Rumah saya dapat melakukan refleksi hasil daripada talk tersebut. Prof Khaider telah memperkenalkan teori psikologi iaitu Teori A,B dan C. A mewakili Affection, B mewakili Behavior manakala C pula mewakili Cognitive. Untuk membeli rumah adalah bermula dengan cognitive iaitu pengetahuan tentang cara membeli rumah dan rumah apa yang ingin dibeli. Pengetahuan ini boleh didapati dengan bertanya kepada salesman yang akan selalu membukabooth di pasar raya dan juga jika ingin mengetahui dengan lebih lanjut tentang keadaan rumah dan jenis rumah yang ingin dibeli perlu bertanya kepada jurutera atau architect supaya apabila kita mempunyai pengetahuan yang mencukupi akan timbul perasaan atau Affection. Perasaan (Affection) ingin membeli rumah yang diingini. Hal ini akan dimulakan dengan memilih rumah yang disukai dan proses memilih rumah ini merupakan proses yang lama kerana pelbagai perkara perlu diambil kira seperti harga tanah, rumah dan sebagainya. Setelah memilih rumah yang diimpikan timbulah Behavior iaitu membeli rumah setelah membuat penilian yang teliti. Rumah yang dipilih merupakan rumah yang terbaik. Hal ini kerana, rumah yang dipilih telah melalui Cognitiveiaitu pengetahuan yang mencukup dan juga Affection iaitu proses memilih rumah. Psikologi Pembeli Rumah merupakan perkara yang penting kerana pemilihan rumah merupakan proses yang paling kompleks dan sukar hanya boleh dilakukan dengan pentelitian yang mendalam

No comments:

Post a Comment