Sunday, 19 June 2016

HPK 2: Memahami hak pembeli dalam mendapat rumah yang bertepatan dengan dokumen Perjanjian Jual & Beli
(Individu & Kumpulan)

Task 2a (Individu): PR1MA, SPNB, Rumahku Selangorku – Bincangkan (200 words).
Apakah kriteria pendaftaran PR1MA? (200 pp)

1.      PR1MA


Perbadanan Perumahan 1 Malaysia atau PR1MA ditubuhkan di bawah Akta PR1MA 2012 yang bertujuan untuk merancang, membangun, membina dan menawarkan perumahan berkualiti tinggi berkonsepkan gaya hidup moden bagi penduduk bandar yang mempunyai pendapatan sederhana. Kediaman PR1MA terletak dalam kawasan yang berkomuniti dan mempunyai pelbagai jenis saiz. Harga yang ditawarkan bagi rumah PR1MA adalah antara RM100,000 hinggi RM400,000 dan kawasan rumah PR1MA terletak di kawasan strategik di seluruh negara. Sebagai contoh kediaman PR1MA terletak di Cyberjaya Zon (Sepang), Alam Damai Zon (Bandar Tun Razak- Sungai Besi), Jalan Jubilee (Bukit Bintang) Zon Pusat Bandar Raya, Rantau  Zon (Nilai), Port Dickson Zon (Port Dickson), Seremban Sentral Zon (Seremban), Bandar Teknologi Kajang Zon (Kajang) dan rumah PR1MA juga terdapat di wilayah selatan, wilayah utara, wilayah timur, Sabah dan Sarawak. Kediaman PR1MA ditawarkan kepada semua rakyat Malaysia yang mempunyai pendapatan isi rumah purata bulanan antara RM2,500 hingga RM10,000.

Terdapat beberapa kriteria yang harus dipenuhi untuk melayakkan diri bagi menjadi salah seorang pemilik rumah PR1MA antaranya adalah:
1.      Warganegara Malaysia.
2.      Bujang atau berkahwin dan berumur 21 tahun ke atas.
3.      Pendapatan isi rumah atau individu (suami & isteri) antara RM2,500 hingga RM10,000.
4.      Tidak memiliki lebih daripada 1 hartanah, samada anda atau pasangan.

Sekiranya anda telah memenuhi empat syarat berkenaan terdapat 9 langkah seterusnya yang perlu diambil. Berikut merupakan 9 langkah yang perlu diambil:
1.      Pendaftaran: Pemohon mendaftar di laman web PR1MA dan melengkapkan semua butir-butir pendaftaran. Nombor rujukan PR1MA diberi di akhir pendaftaran. Nombor rujukan ini seumpama nombor Kad Pengenalan bagi PR1MA.
2.      Pelancaran: Projek-projek yang dilancarkan akan dimaklumkan kepada pemohon. Iklan turut diletakkan dalam media bagi mendedahkan pelancaran projek tersebut.
3.      Permohonan: Anda perlu memohon projek kediaman PR1MA tersebut untuk memasukkam nama anda dalam senarai calon pengundian.
4.      Peruntukan Unit: Unit yang dikehendaki boleh dipilih sekiranya kosong.
5.      Pengesahan: Sekiranya anda berjaya dipilih melalui cabutan undi, pengesahan dokumen dilakukan.
6.      Pengundian: Proses undian dilakukan secara telus bagi mengenalpasti calon yang memenuhi kelayakan.
7.      Pembiayaan: Sebuah program iaitu Program Pemudah Cara Pemilikan Kediaman PR1MA (merupakan sebuah skim) menawarkan pakej pembiayaan berikut:
a.       Pembiayaan
b.      Skim Rent-to-Own
c.       Care by PR1MA
8.      Perjanjian Jual Beli: Perjanjian Jual Beli atau SPA akan ditandatangani di antara anda dan PR1MA.
9.      Penyerahan Kunci: Sejurus selepas pembinaan lot anda siap dan Sijil Perakuan Siap dan Pematuhan diperolehi, kunci dan hartanah akan diserahkan kepada pemilik kediaman PR1MA secara rasminya.








2.      SYARIKAT PERUMAHAN NEGARA BERHAD (SPNB)

SPNB merupakan sebuah syarikat milik kementerian Kewangan Diperbadankan (MOF Inc.),  SPNB ditubuhkan pada 21 Ogos 1997 untuk memastikan penyediaan rumah mamu milik berkualiti dan mampan kepada setiap keluarga di Malaysia sejajar dengan objektif Perumahan Negara. Terdapat beberapa jenis rumah yang disediakan oleh SPNB. Berikut merupakan antara jenis-jenis rumah yang disediakan:

1.      Rumah Mampu Milik: Membangunkan Rumah Mampu Milik yang berkualiti dengan harga RM35,000 hingga RM250,000 kepada pembeli rumah pertama sejajar dengan agenda perumahan negara. Setakat ini, SPNB telah berjaya membina rumah sebanyak 18, 815 kediaman mampu milik.
2.      Rumah Mesra Rakyat: SPNB telah berjaya membantu 31,767 buah keluarga untuk memiliki rumah kediaman yang dibina di tanah milik sendiri. Menerusi produk Rumah Mesra Rakyat, golongan berpendapatan rendah dan menghadapi kesulitan untuk mendapatkan pinjaman dari insitusi kewangan boleh memiliki rumah sendiri dengan syarat mesti mempunyai sebidang tanah sendiri. Harga Rumag Rakyat adalah RM65,000 dengan subsidi kerajaan sebanyak RM20,000.
3.      Projek Pembangunan Terbengkalai: SPNB telah berjaya memulih dan menyediakan kediaman kepada 14,938 buah keluarga daripada memulihkan projek terbengkalai yang telah dilakukan.
4.      Kuarters Kerajaan: SPNB bertanggungjawab merancang dan membina kuarters kerajaan di Lembah Klang untuk  pelbagai agensi dan badan kerajaan.

Berikut merupakan syarat kelayakan bagi memohon  SPNB;
·         Syarat Kelayakan adalah tertakluk kepada SUK negeri masing-masing. Sila rujuk SUK negeri di mana projek itu dibangunkan.
·         Bagi pembelian perumahan bercampur yang dibangunkan oleh ASPIRASI ianya adalah tertakluk kepada kelayakan individu dan juga institusi kewangan.

3.      RUMAH SELANGORKU

Dasar Perumahan Negeri Selangor yang utama adalah untuk  merealisasikan matlamat ‘Satu Keluarga Satu Kediaman Yang Sempurna’. Perkara ini adalah bagi memastikan setiap rakyat atau keluarga mempunyai tempat tinggal yang baik, selesa dan selamat untuk didiami. Kerajaan Negeri telah memperkenalkan satu konsep perumahan yang baru iaitu Perumahan Mampu Milik yang memberi lebih keselesaan samada dari segi saiz, rekabentuk mahupun komunitinya. Rumah Selangorku dikenali sebagai Rumah Kos Rendah, Rumah Kos Sederhana Rendah, Rumah Kos Rendah dan Rumah Mampumilik.

Berikut merupakan SYARAT PEMOHOMAN RUMAH SELANGORKU:







No comments:

Post a Comment