HPK 2: Memahami hak pembeli
dalam mendapat rumah yang bertepatan dengan dokumen Perjanjian Jual & Beli
(Individu & Kumpulan)
Task 2a (Individu): PR1MA, SPNB, Rumahku Selangorku –
Bincangkan (200 words).
Apakah kriteria pendaftaran
PR1MA? (200 pp)
1.
PR1MA
Perbadanan
Perumahan 1 Malaysia atau PR1MA ditubuhkan di bawah Akta PR1MA 2012 yang
bertujuan untuk merancang, membangun, membina dan menawarkan perumahan
berkualiti tinggi berkonsepkan gaya hidup moden bagi penduduk bandar yang
mempunyai pendapatan sederhana. Kediaman PR1MA terletak dalam kawasan yang
berkomuniti dan mempunyai pelbagai jenis saiz. Harga yang ditawarkan bagi rumah
PR1MA adalah antara RM100,000 hinggi RM400,000 dan kawasan rumah PR1MA terletak
di kawasan strategik di seluruh negara. Sebagai contoh kediaman PR1MA terletak
di Cyberjaya Zon (Sepang), Alam Damai Zon (Bandar Tun Razak- Sungai Besi),
Jalan Jubilee (Bukit Bintang) Zon Pusat Bandar Raya, Rantau Zon (Nilai), Port Dickson Zon (Port Dickson),
Seremban Sentral Zon (Seremban), Bandar Teknologi Kajang Zon (Kajang) dan rumah
PR1MA juga terdapat di wilayah selatan, wilayah utara, wilayah timur, Sabah dan
Sarawak. Kediaman PR1MA ditawarkan kepada semua rakyat Malaysia yang mempunyai
pendapatan isi rumah purata bulanan antara RM2,500 hingga RM10,000.
Terdapat beberapa
kriteria yang harus dipenuhi untuk melayakkan diri bagi menjadi salah seorang
pemilik rumah PR1MA antaranya adalah:
1.
Warganegara Malaysia.
2.
Bujang atau berkahwin
dan berumur 21 tahun ke atas.
3.
Pendapatan isi rumah
atau individu (suami & isteri) antara RM2,500 hingga RM10,000.
4.
Tidak memiliki lebih
daripada 1 hartanah, samada anda atau pasangan.
Sekiranya anda telah memenuhi empat syarat berkenaan
terdapat 9 langkah seterusnya yang perlu diambil. Berikut merupakan 9 langkah
yang perlu diambil:
1.
Pendaftaran: Pemohon
mendaftar di laman web PR1MA dan melengkapkan semua butir-butir pendaftaran. Nombor
rujukan PR1MA diberi di akhir pendaftaran. Nombor rujukan ini seumpama nombor
Kad Pengenalan bagi PR1MA.
2.
Pelancaran:
Projek-projek yang dilancarkan akan dimaklumkan kepada pemohon. Iklan turut
diletakkan dalam media bagi mendedahkan pelancaran projek tersebut.
3.
Permohonan: Anda
perlu memohon projek kediaman PR1MA tersebut untuk memasukkam nama anda dalam
senarai calon pengundian.
4.
Peruntukan Unit:
Unit yang dikehendaki boleh dipilih sekiranya kosong.
5.
Pengesahan:
Sekiranya anda berjaya dipilih melalui cabutan undi, pengesahan dokumen
dilakukan.
6.
Pengundian: Proses
undian dilakukan secara telus bagi mengenalpasti calon yang memenuhi kelayakan.
7.
Pembiayaan: Sebuah
program iaitu Program Pemudah Cara Pemilikan Kediaman PR1MA (merupakan sebuah
skim) menawarkan pakej pembiayaan berikut:
a.
Pembiayaan
b.
Skim Rent-to-Own
c.
Care by PR1MA
8.
Perjanjian Jual
Beli: Perjanjian Jual Beli atau SPA akan ditandatangani di antara anda dan
PR1MA.
9.
Penyerahan Kunci:
Sejurus selepas pembinaan lot anda siap dan Sijil Perakuan Siap dan Pematuhan
diperolehi, kunci dan hartanah akan diserahkan kepada pemilik kediaman PR1MA
secara rasminya.
2.
SYARIKAT
PERUMAHAN NEGARA BERHAD (SPNB)
SPNB merupakan sebuah
syarikat milik kementerian Kewangan Diperbadankan (MOF Inc.), SPNB ditubuhkan pada 21 Ogos 1997 untuk
memastikan penyediaan rumah mamu milik berkualiti dan mampan kepada setiap
keluarga di Malaysia sejajar dengan objektif Perumahan Negara. Terdapat
beberapa jenis rumah yang disediakan oleh SPNB. Berikut merupakan antara
jenis-jenis rumah yang disediakan:
1.
Rumah Mampu Milik: Membangunkan
Rumah Mampu Milik yang berkualiti dengan harga RM35,000 hingga RM250,000 kepada
pembeli rumah pertama sejajar dengan agenda perumahan negara. Setakat ini, SPNB
telah berjaya membina rumah sebanyak 18, 815 kediaman mampu milik.
2.
Rumah Mesra Rakyat:
SPNB telah berjaya membantu 31,767 buah keluarga untuk memiliki rumah kediaman
yang dibina di tanah milik sendiri. Menerusi produk Rumah Mesra Rakyat,
golongan berpendapatan rendah dan menghadapi kesulitan untuk mendapatkan
pinjaman dari insitusi kewangan boleh memiliki rumah sendiri dengan syarat
mesti mempunyai sebidang tanah sendiri. Harga Rumag Rakyat adalah RM65,000
dengan subsidi kerajaan sebanyak RM20,000.
3.
Projek Pembangunan
Terbengkalai: SPNB telah berjaya memulih dan menyediakan kediaman kepada 14,938
buah keluarga daripada memulihkan projek terbengkalai yang telah dilakukan.
4.
Kuarters Kerajaan:
SPNB bertanggungjawab merancang dan membina kuarters kerajaan di Lembah Klang
untuk pelbagai agensi dan badan
kerajaan.
Berikut merupakan syarat kelayakan bagi memohon SPNB;
·
Syarat Kelayakan
adalah tertakluk kepada SUK negeri masing-masing. Sila rujuk SUK negeri di mana
projek itu dibangunkan.
·
Bagi pembelian
perumahan bercampur yang dibangunkan oleh ASPIRASI ianya adalah tertakluk kepada
kelayakan individu dan juga institusi kewangan.
Dasar Perumahan Negeri Selangor yang utama adalah
untuk merealisasikan matlamat ‘Satu
Keluarga Satu Kediaman Yang Sempurna’. Perkara ini adalah bagi memastikan
setiap rakyat atau keluarga mempunyai tempat tinggal yang baik, selesa dan
selamat untuk didiami. Kerajaan Negeri telah memperkenalkan satu konsep
perumahan yang baru iaitu Perumahan Mampu Milik yang memberi lebih keselesaan
samada dari segi saiz, rekabentuk mahupun komunitinya. Rumah Selangorku
dikenali sebagai Rumah Kos Rendah, Rumah Kos Sederhana Rendah, Rumah Kos Rendah
dan Rumah Mampumilik.
Berikut merupakan SYARAT PEMOHOMAN RUMAH SELANGORKU: