HPK 3: Melakukan senarai semak
penerimaan rumah baru
(Individu & Kumpulan)
Task
3a (Individu): Apakah CIS7 2014 atau QLASSIC? Fokus kepada bahagian
Annexes (A sehingga E), terutamanya Annex B: Quality Standards for
Architectural Works.
Standard
Industri Pembinaan atau Construction
Industry Standard (CIS) yang dirujuk sebagai CIS 7:2014 telah dibagunkan
sebagai sistem penilaian kualiti untuk kerja standard pembinaan bangunan oleh Technical Committee on Quality Assessment in Construction
dengan bantuan Construction Industry
Development Board Malaysia (CIDB). CIS merupakan salah satu metod yang
digunakan untuk menilai kualiti mutu kerja projek bangunan berdasarkan standard
yang telah ditetapkan.CIS bertujuan untuk melegkapkan lukisan kontraktual biasa
dan spesifikasi sesuatu projek. CIS tidak bertujuan untuk digunakan secara
sendiri sebagai spesifikasi kerja. Melainkan diperincikkan dalam kontrak
bangunan, orang yang layak tidak boleh menggunakan CIS untuk memutuskan samada
bangunan atau sebahagian daripada bangunan adalah mengikut undang-undang. Ianya
merupakan tanggungjawab orang yang berkelayakan untuk memastikan kualiti kerja
pembinaan menepati piawaian dan dilulukan standard serta praktis spesifikasi
dan lukisan seperti yang telah ditetapkan di dalam kontrak.
Standard
kualiti untuk pembinaan bangunan dibahagikan kepada empat kompenen utama iaitu
pertama adalah kerja-kerja struktur (Structural
Works) standard kualiti bagi kerja struktur diberikan dalam Annex A. Kedua adalah
Architectural works, standard kualiti
bagi architectural works diberikan dalam Annex B. Keempat adalah M&E works, standard kualiti bagi
kerja M&E diberikan dalam Annex C. Keempat adalah kerja luaran, standard
kualiti bagi kerja luaran diberikan dalam Annex D.
Annex
B iaitu standard kualiti bagi Architectural
works terbahagi kepada dua bahagian. Bahagian pertama dalah internal finishes yang terdiri daripada
lantai, dinding dalaman, siling, pintu, tingkap, fixtures (almari, kabinet dapur, cermin, tab mandi, singki). Bahagian
kedua adalah bahagian luaran yang meliputi atap, dinding luar, apron dan permimeter drain, tempat letak kereta, pendawaian dan elektrik.
QLASSIC:
QUALITY ASSESSMENT SYSTEM IN CONSTRUCTION
Penilaian Sistem Kualiti dalam Pembinaan atau QLASSIC merupakan satu penilaian
kualiti hasil kerja binaan yang diperkenalkan oleh CIDB agar pemaju dan
kontraktor dapat menepati standard kualiti kerja binaan seperti yang telah
ditetapkan dalam dokumen CIS7:2014. Datuk Seri Dr. Judin Abdul Karim yang
merupakan Ketua Eksekutif CIDB mengatakan kan bahawa metod ini bertujuan untuk
meningkatkan kualiti pembangunan di Malaysia. Setakat pada hari ini terdapat
1000 projek perumahan oleh pemaju kecil dan besar telah dinilai menggunakan
metod Qlassic. Pemaju besar seperti MK Land Holdings Bhd, Sime Darby Property
Bhd, I&P Group Sdn Bhd dan IJM Land telah menggunakan Qlassic untuk menilai
kualiti projek pembinaan mereka.
No comments:
Post a Comment