HPK 3: Melakukan senarai semak penerimaan rumah baru
(Individu & Kumpulan)
Task 3b (Kumpulan): Lakukan pemeriksaan bangunan di rumah. Kenalpasti 3 kecacatan bangunan. Huraikan dengan bantuan gambar foto; apakah kecacatan tersebut dan kaitkan dengan dokumen CIS7.
Setelah kita dapat memiliki rumah yang di idamkan
dan di impikan, perkara pertama yang harus dilakukan adalah membuat pemeriksaan
di sekeliling perumahan. Tujuan utama pemeriksaan adalah untuk mengenalpasti
kecacatan yang hadir bagi sesebuah rumah yang telah di beli. Kecacatan yang
dapat dikesan itu, seterusnya haruslah di tanda dengan menggunakan Masking
tape dan Marker Pen dan kemudiannya melaporkan kecacatan ini kepada
pemaju.
Rumah yang kita baru sahaja diami ini, masih ada kontrak
dengan pemaju yang di mana mereka bertanggungjawab atas segala kerosakan dan
kecacatan yang hadir pada sesebuah rumah. Apablia kontrak sudah tamat, segala
kecacatan yang berlaku adalah di atas tanggung jawab sendiri. Begitu juga
apabila kita membuat keputusan untuk membuat perubahan atau penambahan
(renovation) pada rumah dalam tempoh tanggungan pemaju. Kontrak itu akan
berakhiir dan tidak akan bertanggung jawab atas segala pembaharuan yang
dilakukan.
CIS7 adalah merupakan satu panduan manual sistematik yang
bertujuan untuk pemeriksaan berkualiti terhadap standard kerja pembinaan
bangunan.
3 kecacatan yang dapat di kesan di dalam sebuah rumah
adalah:
1.
SILING BOCOR
Menurut Annexe B iaitu bahagian Quality Standars For
Architectural Works yang di tetapkan oleh CIS7, syiling seharusnya tidak
mempunyai kerosakan yang ketara seperti retak, bocor, dan sebagainya. Syiling
yang ditunjukkan pada bangunan ini mempunyai kebocoran yang jelas dan
menunjukkan bangunan ini tidak menepati CIS7. Justeru, ia telah menyalahi
piawaian yang wujud di dalam CIS7 itu.
2. CAT TIDAK SEMPURNA
Kecacatan yang kedua terdapat pada bangunan adalah pada
dinding bangunan. Cat cat yang di gunakan terhadap dinding tidak rata dan
kering. Rekahan yang terdapat membuatkan cat yang tersedia ada untuk pecah dan
memburukkan suasana dinding tersebut. Masalah ini juga, tertulis di dalam
Annexe B, CIS7.
3. LANTAI RETAK
Merujuk kepada Annexe A, kecacatan ini salah dari segi retakan. Pembinaan yang tidak stabil sehingga berlakunya retakan pada lantai. Annexe A adalah di mana ia merujuk kepada kualiti mengenai keadaan bangunan dalam pelbagai sudut seperti keadaan konkrit, simen, saiz besi dan sebagainya
No comments:
Post a Comment