HPK 2: Memahami hak pembeli dalam mendapat rumah yang bertepatan dengan
dokumen Perjanjian Jual & Beli
(Individu & Kumpulan)
Task 2b (Kumpulan):
Pelan lantai (floor plan): Dapatkan contoh pelan lantai dan brochure jualan
rumah (daripada pejabat jualan pemaju, pusat membeli belah, etc). Apakah yang
dimaksudkan dengan "berapa kali berapa" (saiz rumah)? Apa maklumat
yang diperolehi melalui pelan lantai?
Bagi
setiap pemaju yang ingin mempromosikan jualan bagi projek-projek pembangunan
yang dilakukan oleh mereka, perkara yang paling penting dilakukan adalah dengan
mengadakan pameran untuk hebahan kepada orang awam. Pameran bangunan itu akan
dapat memberi pendedahan kepada orang awam mengenai tawaran dan info yang
ditawarkan kepada mereka. Kebiasaannya, pelanggan akan dibekalkan dengan contoh
pelan lantai serta brochure jualan rumah daripada pemaju tersebut. Maka, dengan
adanya contoh pelan lantai dan brochure tersebut, kita akan dapat sedikit
gambaran mengenai rumah yang di jual. Pada peringkat awal, para pelanggan
mestilah mengetahui apa yang dimaksudkan dengan pelan lantai. Disini, terdapat
sedikit info mengenai pelan dan sebagainya.
·
LUKISAN
PELAN ATAU SENIBINA.
Lukisan
Pelan atau Senibina kebiasaanya mengandungi elemen-elemen yang menerangkan
dengan jelas mengenai bentuk ruang dan juga saiz bagi reka bentuk sesebuah
banggunan. Rupa bentuk bangunan yang tersebut boleh dienali sebagaipandangan
pelan. Terdapat beberapa Lukisan Pelan yg lengkap yang bakal dikupas seterusnya
:
Elemen
yang terdapat dalam pelan :
1. Pelan -
menunjukkan secara kasar kedudukan tapak projek atau tapak pembinan yang selalunya dalam radius 5km dari tapak projek.
2. Pelan Lokasi
- menunjukkan secara kasar kedudukan tapak projek didalam lingkungan taman
perumahan atau kawasan kediaman berhampiran di mana pelan akan ditunjukkan
dalam skala 1: 1200, 1:1300, 1:1500 dan sebagainya.
3. Pelan
Tapak - mengandungi perincian yang lebih jelas berkenaan tapak rumah serta
bangunan berhampiran dengan skala kebiasaan
1:200, 1:300.
4. Pelan Lantai
- mengandungi Pelan Tingkat Bawah, Tingkat Atas dan seterusnya serta
Pelan Bumbung.
5. Pandangan
- menunjukkan dengan jelas pandangan rupabentuk bangunan yg dilukis
seperti
Pandangan Hadapan, Belakang, Kiri & Kanan.
6. Keratan
- menunjukkan keratan bangunan yg dibina bagi menunjukkan ruang dalaman
sesebuah
bangunan yang di bina,
7. Sanitari
- Lukisan Susunatur kelengkapan dapur serta bilik air dan sistem kumbahan.
8. Sistem
Bekalan Air - menunjukkan kan susun
atur sistem bekalan air paip.
9. Lukisan
Terperinci - Lukisan yang menunjukan kan rekabentuk yg lebih terperinci
bagi
bahagian atau keperluan yang di kehendaki oleh
pihak PBT atau agensi berkaitan.
·
PELAN
LANTAI :
Dalam senibina dan kejuruteraan bangunan, pelan
lantai ialah sebuah gambarajah, kebiasaannya bersekil, yang menunjukkan
pandangan dari bahagian atas hubungkait antara bilik-bilik, ruang dan lain-lain
bentuk fizikal pada satu paras struktur. Pelan lantai juga akan termasuk
butiran kelengkapan seperti sinki, pemanas air, kedudukan mangkuk tandas dan
lain-lain. Pelan lantai termasuklah nota bagi menjelaskan kemasan, kaedah
pembinaan, atau simbol bagi peralatan elektrikal. Kebiasaanya bagi menjelaskan
dengan lebih terperinci, pelan lantai mengandungi info mengenai skala rumah
iaitu 1 : 100. Antara skala-skala lain yang biasa digunakan untuk pelan lantai
ialah 1 : 50 dan 1 : 200. Unit dimensi yang digunakan ialah milimeter (mm). Dimensi
kebiasaannya dilukis di antara dinding untuk menjelaskan keluasan atau saiz
bilik dan panjang dinding berkenaan.
·
CONTOH
PELAN LANTAI :
CONTOH PELAN LANTAI
DARIPADA BROCHURE
Pelan lantai yang saya perolehi merupakan pelan
lantai sebuah kondominum yang sedang dibangunkan di Taiping, Perak. Kondominum
ini sangat menarik kerana setiap floor mempunyai rekaan berbeza dan terdapat
perabot yang akan diberi sekali kepada pengguna. Pelan lantai yang telah saya
perolehi dapat menggambarkan bentuk sebenar rumah kondominum ini dan memudahkan
pengguna untuk memilih bentuk, saiz, dan jenis perabot yang mereka inginkan.
Bagi satu square feet (sq.ft) adalah berharga
RM400.00. Bagi Type U-T daripada Level 2 hingga 5 adalah antara 1,206 sq.ft
hingga 1,703 sq.ft iaitu berharga antara RM482,400 hingga RM681,200. Bagi Type
A-F iaitu berada daripada Level 6 hingga Level 10 adalah antara 1,556 sq.ft
hingga 2,300 sq.ft iaitu berharga antara RM622,400 hingga RM920,000.
Hampir kesemua rumah telah dibeli dan hanya tinggal
beberapa buah yang masih berada dalam pasaran hal ini kerana keunikan rumah
tersebut yang boleh memilik perabot, cat, wallpaper dan disertakan dengan
penyaman udara, kipas dan sebagainya. Oleh itu, walaupun harga rumah naik namum
pembeli tetap membelinya kerana terdapat faktor penarik yang lain dan memberi
kemudahan serta keselesaan kepada pembeli.
No comments:
Post a Comment